Want your
own Fotopage?








 
K&I BRIDAL CONSULTANT & SERVICES
Butik Pengantin & Pakej Perkahwinan Lengkap "Gerbang Perkahwinan Anda"
By: KNI Bridal Consultant and Services

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Apr-2013 09:44 Email | Share | Bookmark
PAKEJ ANDAMAN

Last Update: 08/04/2013








PAKEJ ANDAMAN kami merangkumi:

SOLEKAN




PELAMIN




PAKAIAN PENGANTIN



Bermula dengan PAKEJ EKONOMI serendah RM999.00, memadai buat pasangan raja sehari yang inginkan majlis yang serba sederhana. Buat pasangan yang mengimpikan majlis yang lebih berseri, terdapat 4 lagi pakej yang kami sediakan. Anda boleh membuat pilihan berdasarkan dengan bajet yang anda peruntukan mahupun mengikut keperluan untuk melengkapkan upacara persandingan anda.

Setiap pakej tersebut juga didatangkan dengan beberapa pilihan pakej dengan bajet yang sama. Setiap pakej tersebut mempunyai item-item yang berlainan. Ini membolehkan pelanggan membuat pilihan berdasarkan keperluan untuk upacara rasmi yang dinantikan.

Pelamin kami didatangkan dengan pelbagai design; SILVER design, GOLD design, DIAMOND design, & PLATINUM design. Anda boleh klik pada link pelamin untuk melihat koleksi-koleksi pelamin kami. Set pelamin lengkap termasuklah: Hiasan Backdrop, Hiasan Bunga, Hiasan Piller, Hiasan Lampu, Kerusi Pengantin, Bantal Tangan, Kipas, Stage & Alas Kaki. Set perenjis hanya dibekalkan jika diperlukan.

Pakaian pengantin yang dimaksudkan termasuklah pakaian untuk upacara nikah (baju nikah), pakaian untuk upacara persandingan (baju lace atau songket) , pakaian untuk upacara malam berinai ataupun sebarang pakaian untuk sessi fotografi.

Solekan / Make-up pengantin termasuklah solekan untuk upacara nikah, sanding ataupun majlis berinai. Sekiranya pakej yang ditempah terdapat lebih solekan yang tidak diperlukan, maka solekan tersebut bolehlah diberikan kepada ahli keluarga pengantin yang lain; ibu, kakak, pengapit dan sebagainya.

Aksesori untuk pengantin perempuan termasuklah rantai, tiara (crown), subang, aksesori - aksesori untuk hiasan tudung & baju, veil dan tudung. Manakala untuk pengantin lelaki pula ialah tanjak & loket tanjak , samping, bengkong, keris, rantai & butang baju.Tiada pengurangan harga dilakukan sekiranya pihak pengantin ingin menggunakan aksesori-aksesori milik sendiri untuk didandankan oleh jurusolek kami. Persiapan untuk pengantin lelaki hanya diberikan sekiranya berada dalam lokasi yang sama (satu bilik). Dandanan rambut dikenakan charge tambahan sebanyak RM80.00.

Sila lihat pada lampiran dibawah untuk senarai harga bagi setiap pakej yang disediakan. Harga tertera termasuk kos pengangkutan untuk sekitar Lembah Klang sahaja. Walaubagaimanapun, kami sedia berunding untuk kos pengangkutan bagi tempahan diluar kawasan.



PAKEJ EKONOMI disediakan untuk pelanggan yang inginkan upacara persandingan yang serba ringkas. Kebiasaannya ditempah oleh pelanggan yang tidak melangsungkan upacara persandingan. Set pelamin diperlukan untuk sessi fotografi sahaja. Aksesori pelamin seperti kipas pengantin dan set perenjis tidak dibekalkan dalam pakej ini. Set pelamin ini juga boleh ditukarkan dengan set mini pelamin (untuk majlis nikah @ tunang). Pelanggan dibolehkan membuat pilihan untuk sebarang pakaian yang terdapat dalam koleksi kami. Hanya 1 solekan sahaja diberikan dalam pakej ini.


PAKEJ SILVER didatangkan dengan 2 pakej, Pakej A dan Pakej B. Dengan setiap tempahan pakej ini, anda boleh dapatkan SALAH SATU dari yang berikut secara PERCUMA:
> Sepasang kaki bunga pahar
> Sepasang kaki bunga manggar


PAKEJ GOLD didatangkan dengan 4 pakej. A, B, C, & D. Setiap pakej tersebut juga mempunyai item-item yang berlainan.
Dengan setiap tempahan pakej ini pula, anda boleh dapatkan mana-mana 2 dari yang berikut secara PERCUMA:
> Sepasang kaki bunga pahar
> Sepasang kaki bunga manggar
> 1 X rangka pintu gerbang





PAKEJ DIAMOND didatangkan dengan 8 pakej. A, B, C, D, E, F, G & H. Setiap pakej tersebut juga mempunyai item-item yang berlainan. Dengan setiap tempahan pakej ini pula, anda boleh dapatkan mana-mana 3 dari yang berikut secara PERCUMA:
> Sepasang kaki bunga pahar
> Sepasang kaki bunga manggar
> 1 Pintu gerbang
> Red Carpet (1 roll = 25 kaki)
> Mini Pelamin / Pelamin nikah (untuk majlis dirumah sahaja) ATAU sepasang bantal nikah (majlis di masjid / surau)






PAKEJ PLATINUM didatangkan dengan 12 pakej. A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, & L. Setiap pakej tersebut juga mempunyai item-item yang berlainan. Dengan setiap tempahan pakej ini pula, anda boleh dapatkan mana-mana 4 dari yang berikut secara PERCUMA:
> Sepasang kaki bunga pahar
> Sepasang kaki bunga manggar
> 1 Pintu gerbang
> Red Carpet (1 roll = 25 kaki)
> Sepasang baju flower girl (L & P)
> Mini Pelamin / Pelamin nikah (untuk majlis dirumah sahaja) ATAU sepasang bantal nikah (majlis di masjid / surau)



Untuk keterangan lanjut mengenai pakej ini, sila email ke kni_bridal@yahoo.com.my atau sms ke 017-6985212


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net